Hazika Medicare Enterprise

Adakah anda mengalami masalah rambut seperti berikut?

  1. Genetic hair loss
  2. Stress related hair loss
  3. Androgenic alopecia
  4. Hormonal related hair loss
  5. Menopausal related hair loss
  6. Age-related hair loss
  7. Alopecia related hair loss

Jangan risau, kami menyediakan satu rawatan suntikan regeneratif yang berkesan untuk membantu menumbuhkan kembali rambut anda iaitu suntikan platelet-rich plasma (PRP) yang termurah di Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur. Kami hanya menawarkan harga serendah RM350 per sesi untuk rawatan PRP. Whatsapp kami dengan segera untuk keterangan lanjut dan tempah temujanji anda sekarang.

Apa itu Platelet-Rich Plasma (PRP)

Platelet rich plasma (PRP) adalah satu rawatan terapi suntikan regenerasi yang dilakukan dengan menyuntik plasma diri sendiri yang kaya dengan “platelet”. Platelet ini akan mengaktifkan faktor pertumbuhan (growth factor) yang seterusnya menggalakkan proses penyembuhan dan pertumbuhan semula jadi sel tisu kulit dan sel rambut. Di Hazika Medicare, rawatan ini khususnya digunakan untuk meningkatkan bilangan rambut, kepadatan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

Untuk maklumat lanjut mengenai apa itu PRP, sila klik disini:

Lihat perubahan terhadap bilangan dan kepadatan rambut dalam masa 3 bulan*

Beberapa kajian yang telah dijalankan terhadap rawatan PRP telah membuktikan keberkesanannya. Antara contoh adalah kajian yang diterbitkan oleh Pietro Gentile et al pada 2015 membuktikan PRP mampu meningkatkan bilangan dan kepadatan rambut. Kajian tersebut boleh dirujuk di sini:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4622412/#

Sesetengah selebriti turut mendapatkan rawatan PRP treatment dan terbukti berkesan seperti Cristiano Ronaldo, Kim Kardashian dan Tiger Woods*

Kelebihan rawatan PRP

Pemangkin Pertumbuhan Rambut

PRP mengandungi jumlah platelet yang tinggi dan melepaskan faktor pertumbuhan apabila disuntikkan ke dalam kulit kepala. Faktor pertumbuhan ini dapat merangsang folikel rambut yang tidak aktif, menggalakkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan ketebalan rambut.

Meningkatkan Keyakinan Diri

Rambut yang tebal boleh mempengaruhi keyakinan seseorang. Rawatan rambut yang membantu meningkatkan ketebalan dan kepadatan rambut boleh memberikan impak positif terhadap imej diri seseorang, dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.

Semulajadi dan Selamat

Terapi PRP menggunakan darah pesakit sendiri, menjadikannya pilihan rawatan yang selamat dan semulajadi. Kerana platelet diperolehi dari tubuh pesakit itu sendiri, risiko tindak balas atau alahan adalah minima.

Peningkatan Kualiti Rambut

Terapi PRP bukan sahaja merangsang pertumbuhan rambut tetapi juga meningkatkan kualiti rambut sedia ada. Faktor pertumbuhan yang terdapat dalam PRP dapat meningkatkan ketebalan rambut, tekstur, dan kesihatan rambut secara keseluruhan, menjadikan rambut lebih kuat, berkilau, dan bermaya.

Servis kami

Matlamat kami adalah untuk mengembalikan keyakinan diri anda dengan merawat rambut anda.

Suntikan PRP

Suntikan kami akan dicampur dengan ubat bius agar kesakitan ketika prosedur adalah minimal.

Minoxidil hair spray

Rawatan perubatan tambahan untuk lebatkan rambut. Sesuai untuk lelaki dan perempuan

Tab. Finasteride 1mg

Rawatan perubatan tambahan untuk kurangkan rambut gugur. Sesuai untuk lelaki sahaja.

Scalp analysis

Kulit kepala pesakit akan diperiksa terlebih dahulu oleh Dr Hazril untuk memberi cadangan rawatan yang terbaik.

Mengenai kami

Hazika Medicare Enterprise merupakan sebuah klinik estetik persendirian yang ditubuhkan oleh Dr Hazril yang memberikan perhatian penuh terhadap rawatan rambut, terutamanya dengan Platelet-Rich Plasma (PRP).

Sila Whatsapp kami dengan segera untuk membuat temujanji di nombor +6013-4512247 (Dr Hazril)

FAQ

Most frequent questions and answers

Ya, suntikan PRP adalah selamat. PRP adalah alternatif efektif kepada individu yang mencari rawatan penyembuhan semula jadi yang tidak memerlukan surgeri atau ubatan. Prosedur ini menggunakan komponen darah pesakit itu sendiri dan tiada bahan ubatan luar yang disuntik ke tubuh mereka.

Tahap ketidakselesaan dialami adalah bergantung kepada toleransi pesakit. Kami berusaha untuk meminimakan kesakitan suntikan ini dengan menggunakan ubat bius jenis krim terlebih dahulu dan juga menambah sedikit ubat bius kedalam plasma PRP. Pesakit biasanya dapat menghadapi suntikan PRP tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, anda mungkin akan merasai sedikit iritasi selepas suntikan kerana respons keradangan yang disebabkan oleh PRP.

Bergantung kepada jumlah bahagian yang dirawat, kebanyakan prosedur akan dapat diselesaikan dalam masa 30 ke 45 minit.

Hasil rawatan adalah berbeza daripada individu ke individu bergantung kepada masalah kulit kepala serta atau kawasan yang terlibat. Untuk meramalkan jika atau bila rawatan tersebut berhasil dengan spesifik adalah sukar. Tetapi, kebanyakan orang akan melihat perubahan dalam masa 2-3 sesi rawatan PRP iaitu 2-3 bulan ke atas.

Disebabkan rawatan ini adalah sejenis rawatan suntikan, terdapat risiko minimal jangkitan, luka pembuluh darah, dan pendarahan yang boleh terjadi tetapi risiko-risiko ini adalah sangat jarang berlaku.

Pesakit mungkin mengalami bengkak dan lebam yang minimal untuk tempoh sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi kesan ini adalah minor dan akan mengurang. Dalam masa sebulan selepas rawatan, pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan ubat antiradang bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drug). Sekiranya berlaku kesakitan, pesakit dinasihatkan untuk mengambil ubat paracetamol (Panadol) sahaja.