Servis kami

Matlamat utama kami adalah untuk mengembalikan keyakinan diri anda dengan meningkatkan bilangan dan kepadatan rambut anda. Berikut adalah servis yang kami sediakan:

Suntikan Platelet-Rich Plasma (PRP) (Harga: RM350 setiap sesi)

Dengan menggunakan darah dari pelanggan sendiri, PRP akan diasingkan dan disuntik kembali ke kulit kepala di bahagian yang memerlukan rawatan. Sebelum memulakan prosedur, kami akan menyapu 'numbing gel' ke kulit kepala. Selain itu, kami juga akan campurkan sedikit ubat bius ke dalam PRP tersebut dan seterusnya kami akan menggunakan teknik 'vibration' ketika melakukan prosedur tersebut. Teknik-teknik ini akan meminimakan kesakitan supaya pelanggan berasa selesa dan tidak risau ketika prosedur suntikan PRP dijalankan.

Minoxidil Hair Spray (Harga: RM70 per unit)

Minoxidil adalah salah satu rawatan perubatan yang telah terbukti merangsang folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan semula rambut pada individu yang mengalami alopecia androgenetik. Minoxidil adalah sejenis vasodilator, iaitu ia melebarkan saluran darah. Apabila disapukan pada kulit kepala, ia akan merangsang vasodilasi pada saluran darah kecil, dan meningkatkan aliran darah ke folikel rambut. Peningkatan peredaran darah membawa lebih banyak oksigen, nutrien, dan faktor pertumbuhan kepada folikel, mencipta persekitaran yang baik untuk pertumbuhan rambut. Minoxidil juga dapat membantu memanjangkan fasa pertumbuhan kitar rambut dan meningkatkan saiz folikel rambut, menyebabkan rambut menjadi lebih tebal dan panjang. Tambahan lagi, Minoxidil juga dapat membantu melambatkan atau menghentikan kemerosotan kebotakan. Ia boleh mencegah penipisan rambut yang sedia ada dan mengurangkan kadar rambut yang gugur.

T. Finasteride 1mg OD (Harga: RM80)

Finasteride 1mg adalah ubat yang biasa digunakan untuk merawat kebotakan, terutamanya alopecia androgenetik pada lelaki. Finasteride berfungsi dengan menghalang enzim 5-alpha-reductase, yang mengubah testosteron menjadi dihidrotestosteron (DHT). DHT merupakan hormon yang menyumbang kepada kebotakan pada individu yang mempunyai kecenderungan genetik. Dengan mengurangkan tahap DHT, finasteride membantu menggalakkan pertumbuhan semula rambut pada lelaki dengan alopecia androgenetik. Ia boleh meningkatkan jumlah rambut, ketebalan, dan kepadatan rambut keseluruhan. Selain itu, Finasteride juga dapat membantu menstabilkan folikel rambut dan mencegah pengecilan folikel tersebut seterusnya memelihara rambut yang sedia ada daripada terus gugur.

Scalp Analysis

Sebelum memulakan rawatan, Dr Hazril akan bertanya beberapa soalan untuk mengambil sejarah kesihatan setiap pelanggan. Ini kerana segelintir kecil pesakit tidak sesuai untuk menjalani prosedur PRP, sebagai contoh pesakit kanser, mengalami jangkitan kuman dan lain-lain. Kemudiannya kulit kepala pelanggan akan diperiksa dengan teliti. Setelah selesai, Dr Hazril akan memberikan beberapa cadangan rawatan yang terbaik untuk rawatan rambut agar dapat memaksimakan hasil rawatan dan seterusnya mengembalikan keyakinan diri.

Jangan tunggu lagi. Sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan rawatan rambut dengan kadar yang rendah. Hubungi kami sekarang!